Kunjungan saya ke Perpustakaan pada petang tadi menemukan saya dengan satu buku bertajuk "pelajar super". Tertanya juga apa yang dimaksudkan dengan "super" tu?...saya berminat untuk meneruskan bacaan dengan niat mungkin ade tip yang boleh dikongsi bersama-sama pelajar yang lain. Melalui pembacaan tersebut inilah hasilnya...
Tugas pelajar- belajar. Pelajar akan dapat melaksanakan tugas tersebut dengan sempurna apabila dapat menguasai tiga langkah ini.
1. Faham
Bagaimana nak faham apa yang dipelajari, perhatian yang penuh harus diberikan ketika guru mengajar. Apabila kita memberi perhatian bermakna kita sedang fokus dengan apa yang sedang kita pelajari. Timbulkan rasa ingin tahu dengan persoalan seperti apa?, bila?, siapa?, Di mana?, mengapa? dan sebagainya. Persoalan ini akan memudahkan kita untuk faham apa yang kita pelajari.
2. Ingat
3. Jawab
tak perlulah rasanya dihuraikan terlalu terperinci nanti marah pula penerbit buku. Buku yang ditulis oleh Fadzli Yusof boleh dijadikan panduan untuk pelajar dalam mengejar kecemerlangan akademik. Namun apa pun yang kita usahakan haruslah diingatkan "belajar kerana Allah". InsyaAllah, Allah akan mempermudahkan jalan menuju kejayaan.
PERJALANAN PENCARIAN ILMU
Friday, 6 April 2012
Monday, 2 April 2012
Warna-warni di SMK Tunku Abdul Malik
Tugasan Aplikasi Dalam Pendidikan telah membawa kami ke SMK Tunku Malik, Alor Setar pada 26 Mac 2012 yang lalu. Keramahan dan kerjasama yang diberikan oleh cikgu-cikgu di sana telah banyak membantu dalam usaha mengumpul maklumat untuk tugasan kami. Terima kasih yang tak terhingga buat cikgu-cikgu yang tidak lokek memberi ilmu dan maklumat untuk kami. Terima kasih juga kepada pelajar-pelajar yang telah memberi kerjasama yang baik sepanjang kami berada di sana.
Belajar membuat Blog.
Kelas Teknologi dan Inovasi dalam Pendidikan
Pensyarah Dr. Aruguman mengajar kami membuat blog hari ini. Kami dikehendaki menyiapkan satu blog untuk digunakan dalam pendidikan. Hasil blog ini hendaklah di hantar sebagai tugasan hari ini melalui Learning zone. Terima Kasih Dr. Aru.... Pembelanjaran beliau yang lebih kepada praktikal telah memberi peluang kepada saya mempelajari banyak perkara yang belum pernah dipelajari.
Pensyarah Dr. Aruguman mengajar kami membuat blog hari ini. Kami dikehendaki menyiapkan satu blog untuk digunakan dalam pendidikan. Hasil blog ini hendaklah di hantar sebagai tugasan hari ini melalui Learning zone. Terima Kasih Dr. Aru.... Pembelanjaran beliau yang lebih kepada praktikal telah memberi peluang kepada saya mempelajari banyak perkara yang belum pernah dipelajari.
Subscribe to:
Posts (Atom)