Kunjungan saya ke Perpustakaan pada petang tadi menemukan saya dengan satu buku bertajuk "pelajar super". Tertanya juga apa yang dimaksudkan dengan "super" tu?...saya berminat untuk meneruskan bacaan dengan niat mungkin ade tip yang boleh dikongsi bersama-sama pelajar yang lain. Melalui pembacaan tersebut inilah hasilnya...
Tugas pelajar- belajar. Pelajar akan dapat melaksanakan tugas tersebut dengan sempurna apabila dapat menguasai tiga langkah ini.
1. Faham
Bagaimana nak faham apa yang dipelajari, perhatian yang penuh harus diberikan ketika guru mengajar. Apabila kita memberi perhatian bermakna kita sedang fokus dengan apa yang sedang kita pelajari. Timbulkan rasa ingin tahu dengan persoalan seperti apa?, bila?, siapa?, Di mana?, mengapa? dan sebagainya. Persoalan ini akan memudahkan kita untuk faham apa yang kita pelajari.
2. Ingat
3. Jawab
tak perlulah rasanya dihuraikan terlalu terperinci nanti marah pula penerbit buku. Buku yang ditulis oleh Fadzli Yusof boleh dijadikan panduan untuk pelajar dalam mengejar kecemerlangan akademik. Namun apa pun yang kita usahakan haruslah diingatkan "belajar kerana Allah". InsyaAllah, Allah akan mempermudahkan jalan menuju kejayaan.
No comments:
Post a Comment